MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR (MBAS) MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) BERSAMA MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI) SERTA LANCAR LOGO "MAI SINGGAH ALOR SETAR 2024" DI MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA KEJOHANAN KEJOHANAN BOLING PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (MALA) 2023

22 September 2023 – Bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Majlis Bandaraya Alor Setar diwakili oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Majlis Bandaraya Ipoh diwakili Datuk Bandar Ipoh, Yang Berbahagia Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud dalam kerjasama mempromosikan kempen ‘Mai Singgah Alor Setar 2024’ & ‘Tahun Melawat Perak 2024’. Upacara tersebut telah disaksikan oleh tetamu kehormat YB Tuan Haji Muhammad Radhi bin Haji Mat Din, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia & Sukan Negeri Kedah yang mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah.
 
Turut diadakan dalam Majlis Makan Malam Sempena Kejohanan Boling Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia itu ialah Pelancaran Logo ‘Mai Singgah Alor Setar 2024′ yang telah disempurnakan oleh tetamu kehormat diiringi Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Salleh bin Saidin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan & Keusahawanan Negeri Kedah dan Yang Berusaha TPr. Puan Hajah Noraini binti Roslan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang merangkap Timbalan Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA). Logo “Mai Singgah Alor Setar 2024” secara rasminya akan digunapakai bagi mempromosikan sektor pelancongan di Bandaraya Alor Setar. Logo “Mai Singgah Alor Setar 2024” adalah sebuah logo yang berkonsepkan sebuah panorama Bandaraya Alor Setar dan sawah padi yang menjadi satu keunikan dan kecantikan Bandaraya Alor Setar. Ia turut digabungkan bersama elemen lengkungan padi yang membawa maksud Bandaraya Alor Setar dikelilingi sawah padi serta menggunakan tema warna Negeri Kedah iaitu Hijau, Kuning Dan Merah.
 
Majlis gilang gemilang tersebut dihadiri oleh para pegawai dari MBAS, MBI & MALA serta para pemain boling yang mewakili Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Malaysia. Para hadirin dihiburkan dengan perarakan masuk kompang & gendang, persembahan silat, tarian selamat datang & nyanyian diiringi kugiran yang didatangkan khas dari Jabatan Penjara Malaysia Cawangan Alor Setar dan Jabatan Penjara Malaysia Cawangan Pokok Sena, Kedah.
 
Tonton penuh video pelancaran logo “Mai Singgah Alor Setar 2024” di saluran youtube rasmi MBAS menerusi pautan di bawah :
Skip to content