OPERASI PEMERIKSAAN PREMIS PERNIAGAAN DAN PENJAJA

25 September 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran telah menjalankan Operasi Pemeriksaan Premis Perniagaan Dan Penjaja bertempat di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar. Operasi ini diadakan bertujuan bagi memastikan semua peniaga mempunyai lesen dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
 
Sebanyak 28 premis telah diperiksa dan hasil operasi yang dijalankan, sejumlah 26 kompaun dan 2 notis telah dikeluarkan di bawah seksyen 38(1) Undang² Kecil Perlesenan Establisymen Makanan (MPKS) 1989, seksyen 3(1) Undang² Kecil Penjaja & Gerai (MPKS) 2010, seksyen 3(1) Undang² Kecil Pelesenan Premis Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBAS) 2010, seksyen 7(1) Undang² Kecil Iklan (MBAS) 2010 dan seksyen 37 (d) Undang² Kecil Penjaja & Gerai (MPKS) 2010 merangkumi kesalahan tiada lesen perniagaan, tiada suntikan tifoid, tiada lesen iklan serta kesalahan membuang sisa makanan ke dalam longkang.
 
Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, pemilik / penyewa premis dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
 
Skip to content