PROGRAM GOTONG-ROYONG SEMPENA WORLD CLEAN UP DAY 2023 (ALOR TOK PASAI, KUALA KEDAH)

23 September 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar melalui Bahagian Perkhidmatan Bandar, dengan kerjasama E-idaman Sdn. Bhd telah menjalankan aktiviti Gotong Royong sempena World Clean Up Day 2023 membersihkan saluran parit di Alor Tok Pasai, Kuala Kedah.
 
Orang awam dinasihatkan agar tidak membuang sampah merata-rata kerana ia boleh menyebabkan sistem saliran dan perparitan rosak serta akan menyebabkan bencana lebih teruk seperti banjir. Pihak MBAS berharap orang ramai mengambil berat akan kebersihan dan membuang sampah di kawasan yang telah disediakan.
 
Skip to content