PROGRAM MAHABBATUL RASUL DAN BACAAN SURAH AL WAQIAH JAMAI'E MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1445H

26 September 2023 – Program Mahabbatul Rasul Dan Bacaan Surah Al Waqiah Jamai’e sempena sambutan Maulidur Rasul 1445H anjuran Biro Agama dan Kerohanian Puspanita MBAS dan Biro Wanita Kelab MBAS yang telah diadakan bertempat di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS.
 
YBhg. Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, Pengerusi Puspanita MBAS telah sudi hadir menyampaikan ucapan aluan serta merasmikan program. Bagi menzahirkan rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W, program Mahabbatul Rasul ini diisi dengan tayangan sedutan filem kisah kelahiran Rasulullah S.A.W, seterusnya bacaan Surah Al-Waqiah Jamai’e serta selawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W yang dipimpin oleh Ustazah Siti Nur Hafizah bt Che Zin, pembimbing Al-Quran dan Taranum.
 
Hadir sama Puan Jazilah bt Jalaludin, Pengerusi Biro Agama dan Kerohanian Puspanita MBAS; Puan Juliana bt Shuib, Pengerusi Biro Wanita Kelab MBAS serta seluruh kakitangan wanita Majlis Bandaraya Alor Setar.
 
Skip to content