PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH YAN, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Jom ramai-ramai membuat semakan, pandangan dan idea tentang Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan, Kedah 2035 (Penggantian) [RT MDY, Kedah 2035 (Penggantian)] yang telah disediakan.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RT MDY, Kedah 2035 (Penggantian) diadakan selama 4 minggu (1 Oktober 2023 hingga 31 Oktober 2023) bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan pembangunan baharu bagi Daerah Yan sehingga tahun perancangan 2035.

Semua pihak dijemput datang di lokasi-lokasi pameran atau secara atas talian sebelum atau pada 31 Oktober 2023 (Selasa).

✳️ PERANAN ANDA
Hadir ke pameran Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan (RT MDY), Kedah 2035 (Penggantian) di lokasi-lokasi berikut:
1️⃣ Majlis Daerah Yan
2️⃣ Pejabat Daerah dan Tanah Yan
3️⃣ Pejabat PLANMalaysia Kedah

Anda boleh memeriksa Laporan Draf RT MDY, Kedah 2035 (Penggantian) sepanjang tempoh publisiti diadakan;

✳️ Mengemukakan bantahan atau pandangan anda terhadap cadangan pembangunan yang telah dirancang untuk memacu kemajuan dan pembangunan Daerah Yan.

✳️ Semakan juga boleh diperiksa secara atas talian di laman sesawang berikut:-
1️⃣ Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0) Pautan e-publisiti PLANMalaysia: http://epublisiti.townplan.gov.my
2️⃣ Laman Web PLANMalaysia Kedah http://planmalaysiakedah.kedah.gov.my/
3️⃣ Laman Web Majlis Daerah Yan https://pbt.kedah.gov.my/index.php/majlis-daerah-yan/

BORANG BANTAHAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH YAN, KEDAH 2035

Borang Bantahan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan, Kedah 2035 (Penggantian)
https://shorturl.at/xIV56

Bahan Publisiti RT Mdy, Kedah 20235 (Penggantian)
https://shorturl.at/pxzM5

Skip to content