KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran sebut harga ini adalah dipelawa daripada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

BIL. TAJUK NO. SEBUT HARGA KOD BIDANG DAN PENGKHUSUSAN
1. Perkhidmatan Bagi Pengujian, Penyelenggaraan dan Pentauliahan Sistem Pencegahan Kebakaran Bangunan Pejabat Menara Majlis Perbandaran Sungai Petani Bagi Tempoh 24 Bulan 18/2023
(M)

Kod Bidang KKM
120601 atau 120602
(mempunyai pengalaman dan pengesahan dari pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia)

ATAU

CIDB Kelas G1
Kategori M&E
Pengkhususan M02

Harga Dokumen :RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 05 Oktober 2023 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Semasa mengambil dokumen tawaran, pembekal atau wakil pembekal dikehendaki mengemukakan Surat Pendaftaran Asal dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu salinan yang telah disahkan. Wakil pembekal yang hadir diwajibkan membawa surat wakil kuasa.

Dokumen sebut harga hendaklah dialamatkan kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran berkenaan di Pejabat Majlis Perbandaran Sungai Petani pada atau sebelum 16 Oktober 2023 jam 12.00 tengah hari.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 02 Oktober 2023

Skip to content