KULIM, 2 Oktober 2023 – Kulim Central menjadi saksi kepada detik bersejarah hari ini dengan pelancaran Aplikasi Kulim Smart Parking (KSP) 3.0 yang memperkenalkan penggunaan Parkir Bersensor yang pertama di negeri Kedah.

Dibangunkan secara usaha sama awam-swasta di antara Majlis Perbandaran Kulim, Kedah (MPKK) dan HeiTech Padu Berhad (HeiTech), Sensor Parkir Pintar ini merupakan sensor berteknologi tinggi yang akan mengubah landskap pengurusan, atur cara operasi dan pemantauan tempat letak kereta. Ia merupakan satu visi inovatif masa hadapan dan membuktikan komitmen MPKK untuk menyediakan pengalaman perkhidmatan parkir yang lebih baik dan mudah kepada penduduk tempatan, golongan yang bekerja, peniaga dan pelancong.

Upacara pelancaran dilakukan oleh Yang Dipertua, Dr. Haji Nadzman Bin Mustaffa mewakili MPKK serta dihadiri oleh ahli-ahli MPKK yang lain membuktikan komitmen MPKK untuk pelaksanaan teknologi terkini untuk kesejahteraan komunitinya.

Dalam ucapan beliau semasa pelancaran, “Sensor Parkir Pintar ini selaras dengan visi kami untuk menjadikan Kulim yang lebih moden, efisien, dan pintar. Kami sangat bangga kerana menjadi peneraju di negeri Kedah dengan memperkenalkan penyelesaian inovatif ini, yang akan meningkatkan kualiti hidup penduduk dan menjadikan Kulim sebagai destinasi utama untuk pelawat.

“MPKK menggalakkan semua pengguna aplikasi KSP untuk mengemaskini aplikasi KSP yang terdapat di Google Play Store, Apple App Store, dan Huawei AppGallery untuk mengakses dan mengalami ciri terkini termasuk “Cari Tempat Parkir.”

Kulim Smart Parking 1.0 secara rasmi dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Mohd Nor, Menteri Besar Kedah pada Julai 2022, memperkenalkan pembayaran parkir tanpa tunai melalui aplikasi mudah alih KSP. Dengan pengenalan 7,000 sensor parkir pintar yang telah sepenuhnya dipasang dan beroperasi, penduduk dan pelawat Kulim kini dapat mencari lokasi parkir dengan lebih efisien apabila menggunakan Kulim Smart Parking 3.0.

Kejayaan pelaksanaan Sensor Parkir Pintar bersama oleh MPKK dan HeiTech melambangkan sinergi harmoni antara kepakaran teknologi dan dedikasi kepada masyarakat. Pelancaran ini menandakan perubahan yang sebenar mengenai parkir di bandar, menjadi standard piawaian yang baru untuk bandar lain di rantau ini.

Fungsi-fungsi utama baru Sensor Parkir Pintar, Kulim Smart Parking 3.0:

1. Ketersediaan tempat letak kenderaan masa nyata dan integrasi bersepadu dengan Aplikasi Kulim Smart Parking: Sistem ini menyediakan data mengenai tempat parkir yang tersedia dan memberi kemudahan kepada pemandu untuk mencari tempat parkir kosong. Sensor parkir pintar berintegrasi bersepadu dengan Aplikasi Kulim Smart Parking, memudahkan pengguna untuk mencari, panduan arah dan membayar parkir melalui telefon pintar mereka.

2. Penggunaan lebih mudah: Aplikasi Kulim Smart Parking adalah mesra pengguna lagi mudah digunakan. Fungsi terkini Aplikasi Kulim Smart Parking termasuk Carian Parkir dan Aduan

• Carian Parkir: Menawarkan keupayaan mencari parkir kosong yang berhampiran dengan destinasi yang dipilih, memaparkan tempat parkir yang tersedia yang berdekatan dengan destinasi yang dipilih. Aplikasi ini juga dapat memberikan panduan arah ke tempat parkir yang dipilih, memastikan pengguna tiba di destinasi mereka dengan mudah.

• Aduan: Menggalakkan pengguna untuk memberikan maklum balas yang relevan secara terus di dalam aplikasi, yang berkomunikasi secara langsung ke saluran sokongan rasmi.

3. Mengurangkan kesesakan trafik dan manfaat kepada persekitaran: Membantu pemandu dengan panduan arah ke tempat parkir yang tersedia, secara tidak langsung sistem ini memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesesakan trafik secara mengurangkan impak kepada persekitaran. Ia juga menjimat masa untuk mencari tempat parkir kosong, Kulim Smart Parking 3.0 dapat mengurangkan pencemaran udara, menjadikan Kulim sebuah bandar yang lebih mesra alam.Untuk maklumat lanjut mengenai sistem Sensor Parkir Pintar dan Aplikasi Kulim Smart Parking, sila lawati https://ksp.mpkk.gov.my/

Klik untuk gambar sekitar program

Kulim Smart Parking

#barulahsmart

#KulimSmartParking

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content