KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN

Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti berikut :-

BIL.KETERANGAN ASETNO. PENDAFTARAN KENDERAANKUANTITIHARGA SIMPANAN (RM)
1.Lori Isuzu FTR12HKAS 45321 buah5,000.00
2.Lori Isuzu FTR12HKAS 45331 buah8,000.00
3.Lori Isuzu FSR11HKAP 40311 buah8,000.00
4.Lori Isuzu FTR33HKAW 27781 buah8,000.00
5.Jengkaut JCB 3CX-4 SuperKAF 81021 buah10,000.00
6.Van Toyota HiaceKBG 85441 buah5,000.00
7.Modenas Kriss AN 110FKAL 4001 buah100.00

Aset boleh dilihat pada 8 Oktober 2023 (Ahad) pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari di Bengkel Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-28) yang boleh didapati di Seksyen Pengurusan Aset, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman di talian 04-4296666 / 6701 pada waktu pejabat. Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari.

Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan ditanda No. Sebut Harga ASET P 01/2023 dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam peti sebut harga di alamat :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
08000 SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN
(U.P. Seksyen Pengurusan Aset)

Tarikh tutup sebut harga adalah pada 19 Oktober 2023 (Khamis) jam 12.00 tengah hari. Sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 04 Oktober 2023

 

SYARAT DAN PERATURAN SEBUT HARGA

  1. Aset-aset tersebut akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.
  2. Penyebut harga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak RM1,000.00 dalam bentuk Wang Pos / Draf Bank / Cek Bank atas nama MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI. Tawaran tanpa / kurang daripada deposit sebut harga tidak akan dipertimbangkan.
  3. Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where is basis).
  4. Majlis Perbandaran Sungai Petani tidak akan bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.
  5. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos mengangkut, proses tukar hakmilik dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.
  6. Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh 7 hari dari tarikh pemberitahu keputusan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, deposit sebut harga tidak akan dikembalikan.
  7. Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh 7 hari selepas bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan Majlis berhak untuk melupuskan aset tersebut.
  8. Wang Pos / Draf Bank / Cek Bank deposit bagi penyebut harga yang tidak berjaya akan dikembalikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan dikeluarkan.
Skip to content