MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS SESI OKTOBER 2023 – DISEMBER 2025

Sekitar Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah bagi penggal Oktober 2023 – Disember 2025 yang telah diadakan pada 8 Oktober 2023 (Ahad) bertempat di Dewan As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS, Alor Setar, Kedah.

Majlis angkat sumpah telah diadakan di hadapan Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Kedah. Seramai 25 orang Ahli Majlis yang telah dilantik adalah daripada pelbagai latar belakang politik, pegawai-pegawai ex-officio telah mengangkat sumpah yang diketuai oleh Yang Dipertua MPSPK, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan di atas perlantikan tersebut dan selamat menjalankan tugas.

Skip to content