05 Oktober 2023 – Perasmian Penutup Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim, Dr Hj Nadzman Bin Mustaffa.

Bengkel anjuran Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negeri Kedah ini telah berlangsung selama 3 hari di Dewan Kulim Inn dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kulim, Majlis Perbandaran Kulim, PBT Hi-tech Kulim dan INSPIN.

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) adalah salah satu inisiatif MANDATORI dalam pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional bertujuan menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah meliputi semua bidang dan aktiviti organisasi.

OACP hendaklah dibangunkan dengan mendapatkan khidmat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga Institut Integriti Malaysia.

Keperluan membangunkan OACP adalah bagi mempersiapkan organisasi supaya mempunyai tatacara mencukupi selaras dengan peruntukan seksyen 17A ASPRM 2009.

Majlis Perbandaran Kulim komited dalam memastikan pembangunan organisasi yang lestari dan bebas rasuah dengan mengambilkira situasi kini dan masa hadapan.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content