BERITA MDBB :

ALOR SETAR : 08 OKTOBER 2023

MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) NEGERI KEDAH DARUL AMAN BAGI PENGGAL OKTOBER 2023 HINGGA DISEMBER 2025

Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah Darul Aman Bagi Penggal Oktober 2023 Hingga Disember 2025 telah berlangsung pada 08 Oktober 2023 (Ahad) yang lalu bertempat di Dewan As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS, Alor Setar, Kedah.

Ahli-ahli Majlis bagi Majlis Daerah Bandar Baharu juga turut mengangkat sumpah dalam majlis yang sama dengan disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Majlis dimulakan dengan pendaftaran semua Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Darul Aman, kehadiran dif-dif jemputan dan ketibaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Seterusnya, majlis berlangsung dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan “Lagu Negeri Kedah” serta bacaan doa.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman dan ucaptama daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Setelah itu, berlangsungnya Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis PBT Negeri Kedah secara beramai-ramai serta disusuli dengan penyampaian cenderahati dan akhir sekali sesi bergambar kenang-kenangan.

Skip to content