LAWATAN KERJA KE TM NETWORK INTELLIGENT CENTRE, CYBERJAYA (TM NIC)

Yang Dipertua MPSPK, Dato Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK telah menerima jemputan mengadakan lawatan kerja ke TM Network Intelligent Centre, Cyberjaya (TM NIC). Turut hadir, Encik Muhammad Hasrun bin Ahmad, BCK Pengarah Jabatan Landskap & Rekreasi, Encik Mohd Zahir bin Salleh, Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Encik Mohd Fuad bin Ahmad dan Encik Muhammad Khairi bin Md Akir.

Sesi lawatan kerja ini berlangsung di M Floor, TM Network Intelligent Centre, Cyberjaya. Dalam sesi lawatan kerja ini, Ybhg. Dato’ dan kakitangan MPSPK diberikan penerangan ringkas berkenaan operasi TM NIC oleh Network Operation Cente. Kemudian diteruskan dengan pembentangan ‘Smart City’ dan BPO oleh pegawai dari TM NIC.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada TM NIC atas jemputan lawatan kerja yang diadakan.

Skip to content