12 Okt 2023 – Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengadakan lawatan kerja ke Tapak Projek Kilang AT&S Malaysia di Kulim Hi-Tech Park bagi meninjau tahap kemajuan pembangunan projek di sana.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, dan Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr. Haim Hilman Abdullah, bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YBrs. Dr. Nadzman Mustaffa, Pegawai Daerah Kulim, Tuan Haji Zaini dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim, YBhg. Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff.

AT&S Malaysia merupakan kilang pembuatan yang sedang pesat dibangunkan di Kulim Industrial Corridor, Kulim Kedah. Ia merupakan kemasukan pertama AT&S di Asia Tenggara, dan pelaburan terbesar bagi kumpulan itu.

AT&S Malaysia terutamanya akan menghasilkan “high-end IC substrates for high-performance processors”, yang biasa digunakan dalam komputer, pusat data, permainan komputer, 5G, automotif atau AI.

Kemudahan pengeluaran itu yang terletak di Kulim Hi-Tech Fasa 4 dijangka mula beroperasi pada 2024 dan dijangka akan menyediakan kira-kira 6,000 peluang pekerjaan.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content