9 Oktober 2023 – Majlis Serah Terima Tugas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim telah berlangsung di antara YBrs. Dr. Haji Nadzman Bin Mustaffa dengan YBhg. Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan MPKK.

Seluruh Warga Kerja Majlis Perbandaran Kulim merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Dr. Haji Nadzman Bin Mustaffa di atas khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama MPKK dan ucapan tahniah di atas pelantikan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan).

Tahniah kepada YBhg. Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff di atas pelantikan sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim.

Skip to content