MAJLIS PERASMIAN IBU PEJABAT KUMPULAN SYARIKAT EMZI OLEH YAB MENTERI BESAR KEDAH

Telah berlangsungnya Majlis Perasmian Ibu Pejabat Kumpulan Syarikat Emzi di Kompleks SP Plaza pada 16 Oktober 2023 yang bermula pada jam 12.00 tengah hari tadi. Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md. Nor, Menteri Besar Kedah.

Turut hadir majlis perasmian tersebut Yang Dipertua MPSPK, Dato’ Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK., Setiausaha MPSPK, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK., pengarah-pengarah dan ketua-ketua bahagian MPSPK.

Dalam ucapan perasmian tersebut, YAB Dato’ Seri mengalu-alukan kehadiran para pelabur ke Sungai Petani bagi memastikan ekonomi dapat diperluaskan lagi supaya dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk negeri Kedah.

Skip to content