𝟏𝟐 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒)

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐙𝐊𝐈𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐈𝐌𝐀𝐑𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐈𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑)

Majlis Bacaan Yassin dan Tazkirah Sempena Mengimarahkan Kediaman Rasmi Puan Pegawai Daerah Yan merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Yan ini telah diadakan pada jam 6.00 petang bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Yan, Yan.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan Puan Pegawai Daerah Yan/ Merangkap Yang Dipertua MDY, kemudiannya disusuli dengan sesi tazkirah oleh Pegawai Agama Daerah Yan, Tuan Syeikh Alwi bin Othman, BCK. Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat maghrib berjemaah serta bacaan yassin.

Turut hadir di dalam majlis ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Yan / Setiausaha MDY, Encik Mohd Akmal bin Azimi, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Cik Afifah binti Mohd Asri, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Encik Mohamad Afifi bin Mohamad serta seluruh Warga Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Majlis Daerah Yan.

Skip to content