𝟏𝟓 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐀𝐇𝐀𝐃)

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐀𝐃 𝐒𝐔𝐁𝐇𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇, 𝐀𝐌𝐊., 𝐁𝐂𝐊.

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Yang Berusaha Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., ini telah diadakan pada jam 3.30 petang bertempat di Dewan Lestari Guar Chempedak.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah dan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Muhammad Hazwan bin Hashim serta disusuli dengan ucapan aluan oleh Pegawai Daerah Yan / Merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Puan Maznim binti Ismail, AMK., BCK.

Majlis kemudiannya serba sedikit menceritakan tentang perjalanan hidup insan yang diraikan dan selingan tayangan montaj perpisahan.

Seterusnya, majlis menjemput tetamu yg diraikan iaitu Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK. untuk menyampaikan ucapan perpisahan dan menerima pemberian hadiah kenang-kenangan daripada agensi/ jabatan yang hadir.

Seusai acara penyampaian hadiah acara fotografi pula diadakan dan menjamu selera.

BUBUR SELASIH UBI KELADI
LEMAK MANIS SANTAN KELAPA
TERIMA KASIH JASA DAN BUDI
SELALU DIKENANG SEPANJANG MASA

MALAM HARI BERLAGU UNGGAS
MEMECAH KESUNYIAN DI DALAM HUTAN
WALAUPUN TERPISAH TEMPAT DAN TUGAS
BUDIMU TUAN DALAM INGATAN

Skip to content