𝟏𝟕 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀)
𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 (𝗢𝗦𝗖) 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟏𝟎 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟐𝟎𝟐𝟑
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) MDY Bil. 10 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan,Puan Maznim binti Ismail, AMK., BCK., ini telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Yan, Kedah.
Mesyuarat dimulakan dengan aluan Puan YDP Pengerusi dan disusuli agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC MDY Bilangan 9 Tahun 2023 yang diadakan pada 20 September 2023 yang lalu serta pembentangan laporan maklum balas perkara berbangkit dari Minit Mesyuarat tersebut dan disusuli dengan pembentangan dan perbincangan beberapa kertas kerja bagi permohonan baru.
Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum pembentangan Laporan Jumlah dan Status Fail Permohonan Pelan-Pelan Pemajuan dan Pembentangan Untuk Pengesahan Kertas Pemakluman Permohonan / Pendepositan Bagi Tujuan Rekod PBT (Pendepositan CCC).
Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan agenda hal – hal lain dan diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Puan YDP Pengerusi.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah wakil – wakil jabatan / agensi teknikal, Ketua-Ketua Jabatan / Unit Teknikal MDY dan urus setia Unit OSC MDY.