18 OKTOBER 2023 (RABU)

MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) BILANGAN 09 TAHUN 2023

Mesyuarat dipengerusikan secara hibrid (bersemuka dan atas talian) oleh Tuan Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar bermula jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan daripada pengerusi yang mengalu-alukan penyertaan semua Ketua Jabatan dan wakil jabatan yang berkaitan yang hadir secara atas talian.

Mesyuarat diteruskan dengan agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan 08 Tahun 2023 yang diadakan pada 06 September 2023 lalu serta perbincangan perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat diteruskan dengan perkara-perkara baru yang melibatkan 4 kertas kerja permohonan untuk kelulusan dan 3 kertas kerja pemakluman serta perbincangan 2 kertas kerja berkaitan pembinaan menara telekomunikasi dan 2 kertas kerja pengemukaan semula pelan bangunan untuk kelulusan dalam perbincangan hal-hal lain.

Turut serta dalam mesyuarat ini ialah Ketua Unit Pusat Setempat (OSC), Ketua Bahagian Perancangan Pembangunan serta Ketua Bahagian Kejuruteraan, Projek dan Penyelenggaraan MDBB.

Skip to content