14 OKTOBER 2023

PERASMIAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2023 PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU

Sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2023 Peringkat Daerah Bandar Baharu yang dianjurkan oleh Pejabat Belia Daerah Bandar Baharu telah berlangsung dengan meriah bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Program dimulakan dengan bacaan doa daripada wakil Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu, ucapan aluan daripada Pegawai Belia Daerah Bandar Baharu dan disusuli ucapan perasmian dan gimik pelancaran Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Daerah Bandar Baharu oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor Bin Ismail., AMK., BCK.dengan acara memotong reben banting dan pelepasan belon. Majlis juga diserikan dengan kehadiran YB Tuan Roslan Bin Hashim., Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Setelah itu, acara diteruskan dengan persembahan demo silat dan silambam dan seterusnya pelbagai acara menarik yang lain seperti cabaran bukit angin (hiking), senamrobik, pertandingan badminton, futsal, sepak takraw, aerobathon,sukaneka kanak-kanak dan “flying-fox”.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu dan YB Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu juga tidak ketinggalan untuk mencuba aktiviti “flying-fox” yang disediakan pada hari program tersebut dan berikut adalah gambar-gambar aktiviti yang berlangsung sekitar kemeriahan Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Daerah Bandar Baharu pada kali ini.

Sekian.

Skip to content