PROGRAM GOTONG ROYONG DI PASAR AWAM JALAN KUALA KETIL

19 Oktober 2023 – Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah menganjurkan Program Gotong Royong Di Pasar Awam Jalan Kuala Ketil pada pagi ini.

Program dirasmikan oleh Yang Dipertua MPSPK, Dato’ Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK. Turut hadir Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, Setiausaha MPSPK, Puan Noorulhuda binti Mohamed Ali, AMK., BCK., pegawai- pegawai Syarikat Environment Idaman, pengarah-pengarah dan ketua-ketua bahagian MPSPK.

Skip to content