PUTRAJAYA, 17 Oktober 2023 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menerima Pengiktirafan PBT Cemerlang Kempen Premis Makanan Bersih Medan Selera 2023 pada Majlis Sambutan Hari Persekitaran Dunia Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2023 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) serta Encik Ahmad Shakir bin Arus, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MPKK menerima pengiktirafan itu dalam majlis yang disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.

MPKK telah memilih Medan Selera Taman Tunku Putra, Kulim untuk dinaiktaraf kesemua gerai daripada gred C kepada gred A, mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang kempen berlangsung.

Skip to content