MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2022 DAN MERAIKAN PESARA/BAKAL PESARA TAHUN 2023

Telah berakhir dengan jayanya Majlis Anugerah Cemerlang Tahun 2022 dan Meraikan Pesara/Bakal Pesara Tahun 2023 yang berlangsung di Dewan Kenangan, Menara MPSPK. Seramai 20 bakal pesara dan pesara diraikan di dalam majlis tersebut bagi menghargai jasa mereka sepanjang tempoh perkhidmatan. Turut disampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 kepada seramai 41 orang kakitangan MPSPK yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2022.

Penyampaian sijil dan anugerah disampaikan oleh Yang Dipertua MPSPK, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK diiringi oleh Presiden CUEPACS, Dato’ Dr. Haji Adnan bin Mat dan Setiausaha MPSPK, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK.

MPSPK merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah yang terlibat.

Skip to content