MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA AHLI PENGURUSAN KANAN PETRONAS CHEMICALS FERTILISER KEDAH

Sebagai tanda penghargaan daripada Petronas Chemical Fertilisers Kedah Sdn Bhd, Yang Dipertua MPSPK, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK dijemput menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Ahli Pengurusan Kanan Petronas Chemicals Kedah bertempat di Bilik Putra, PCFKSB, Gurun, Kedah.

Turut hadir bersama, Puan Rohani binti Abu Bakar, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar, Encik Muhammad Hasrun bin Ahmad, Pengarah Jabatan Landskap & Rekreasi dan Encik Suhairi bin Mustaffa, Pengarah Jabatan Bangunan.

Melalui program ini, diharapkan kerjasama baik di antara pihak PCFKSB dan MPSPK akan berterusan.

Skip to content