25 OKTOBER 2023 – Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kulim bagi Penggal 2023-2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Al-Hikmah MPKK.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan tayangan kembali penyampaian amanat oleh YAB Menteri Besar Kedah agar Ahli-ahli Majlis sentiasa menjadi penghubung rakyat dengan kerajaan, bersama merancang dan melaksanakan dasar, menjadi rujukan dan penyebar dasar, menjadi penyampai dan jurucakap PBT ke arah merealisasikan “The Greater Kedah”.

Dato’ Yang Dipertua dalam ucapan aluannya mengucapkan tahniah kepada semua ahli majlis dan mengharapkan kerjasama semua untuk terus bergerak sebagai sebuah pasukan. Menzahirkan keyakinan dengan barisan kepimpinan yang ada untuk mengemudi MPKK ke arah yang lebih baik dan terus melakar pelbagai lagi kejayaan.

Seramai 18 orang Ahli Majlis telah menyempurnakan majlis dengan lafaz akad sumpah di hadapan Dato’ Yang Dipertua dan Setiausaha, MPKK.

Klik link untuk gambar sekitar program

Skip to content