23 OKTOBER 2023 – YBhg. Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff, Yang Dipertua meluangkan masa untuk meninjau Taman Tasik Putra, Kulim diiringi pengarah-pengarah dan juga pegawai jabatan dan bahagian yang terlibat dalam mengawal selia, menyelenggara serta membangunkan kemudahan rekreasi Taman Tasik Putra yang merupakan produk pelancongan utama di Daerah Kulim.

Sesi Walk About ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh Puan Rozita Binti Awang, Penolong Pengarah, Bahagian Landskap, Jabatan Perancangan dan Landskap, Tuan Mohd Haji Nazri Bin Harun, Pengarah Jabatan Bangunan dan seterusnya Puan Siti Safarah Binti Amirnuddin, Penolong Pengarah Jabatan Kejuruteraan serta Encik Mohd Firdaus Bin Mat Said, Ketua Bahagian Elektrikal, Jabatan Kejuruteraan.

Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff telah meninjau keadaan Taman Tasik Putra untuk melihat hasil pelaksanaan projek-projek yang telah dijalankan. Yang Dipertua kini optimis untuk meneliti perancangan bagi menambah baik beberapa cadangan projek naik taraf yang akan dibuat untuk peringkat fasa seterusnya melibatkan infrastruktur serta kemudahan-kemudahan yang dapat meningkatkan keselesaan, keselamatan dan keindahan kawasan Taman Tasik Putra.

Pada kesempatan lawatan ini juga, Yang Dipertua turut melawat sekitar stesen bas Kulim dan melawat gerai majlis yang berada bersebelahan kawasan tersebut.

Skip to content