ALOR SETAR MENJADI LOKASI PENGANJURAN PROGRAM 19TH WINGERS CAMARADERIE RIDE (WCR) KEDAH 2023

14 Oktober 2023 – Lebih 300 buah motosikal berkuasa tinggi jenama Honda Gold Wing membanjiri Dataran Medan Bandar, Alor Setar sempena Program 19th Winger Camaraderie Ride (WCR) Kedah 2023.
 
Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor telah merasmikan program berkenaan di acara Flag Off yang bermula di Hotel Grand Alora dan menyertai konvoi WCR Kedah 2023 ke Dataran Medan Bandar. Ketibaan YAB Menteri Besar Kedah bersama para peserta konvoi di Dataran Medan Bandar disambut Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud.
 
Turut diadakan pameran dan persembahan motosikal buat para pengunjung yang hadir di program berkenaan. Para peserta program WCR 2023 turut menjelajah ke beberapa tempat menarik di sekitar Alor Setar antaranya ialah Masjid Zahir, Muzium Diraja, Balai Seni, Balai Nobat dan Menara Alor Setar.
Program WCR Kedah 2023 ini merupakan anjuran pemilik motosikal jenama Honda Gold Wing negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis di atas nama Sahabat Northern Wingers (NW). Dianggarkan lebih 500 peserta dari dalam dan luar negara antaranya ialah Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, China, Amerika Syarikat, Filipina, Brunei dan Arab Saudi. Alor Setar dipilih sebagai lokasi penganjuran program WCR Kedah 2023 bagi mempromosikan Bandaraya Alor Setar sebagai salah satu bandar pelancongan di peringkat antarabangsa selaras dengan kempen ‘Mai Singgah Alor Setar 2024’.
 
 
Skip to content