DATUK BANDAR ALOR SETAR MERASMIKAN MAJLIS PENUTUP PROGRAM PEMANTAPAN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL TAHUN 2023 NEGERI KEDAH

12 Oktober 2023 – YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar telah merasmikan Majlis Penutup Program Pemantapan Penjaja Dan Peniaga Kecil Tahun 2023 Negeri Kedah bertempat di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS. Program anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) ini telah berlangsung selama tiga hari dari 10-12 Oktober 2023 dan telah mendapat penyertaan lebih 200 peserta dari seluruh pelusuk negeri Kedah.
 
Program Pemantapan Penjaja Dan Peniaga Kecil Tahun 2023 ini bermatlamatkan untuk meningkatkan pengetahuan dan pendedahan berkaitan transformasi perniagaan dan mensasarkan penyertaan daripada penjaja dan peniaga kecil yang telah menjalankan perniagaan masing-masing sekurang-kurangnya selama enam bulan dan memiliki pendaftaran perniagaan dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
 
Selain bertujuan untuk memperkasakan modal insan penjaja dan peniaga kecil melalui modul pengurusan aliran tunai dan kewangan perniagaan, program ini turut dilaksanakan melalui kemahiran penggunaan kaedah digital dimana para peserta diberikan pendedahan berkenaan teknik ‘copywriting’ dan ‘storytelling’ sebagai satu kaedah dalam membuat pemasaran perniagaan secara atas talian (online) bagi meningkatkan kecekapan peserta dalam mengadaptasikan teknologi digital dalam perniagaan masing-masing.
 
Penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta di akhir majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Bandar Alor Setar. Hadir sama di majlis tersebut ialah YBrs. Tn. Hj. Abdullah Bin Abd. Rahman, Timb. Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) serta YBrs. En. Mohd. Nazri Bin Kamaruzzaman, Naib Presiden GPPPKMM Merangkap Yang Di-Pertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKM) Negeri Kedah.
 
 
Skip to content