DATUK BANDAR ALOR SETAR MERASMIKAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR 2023

14 Oktober 2023 – YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar telah merasmikan program Hari Sukan Negara 2023 peringkat Daerah Kota Setar 2023 bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah.
 
Hari Sukan Negara (HSN) 2023 ini merupakan satu hari ikonik tahunan rakyat Malaysia yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bagi meraikan dan mengiktiraf aktiviti sukan, seterusnya menjadikan ianya sebagai pembudayaan sukan di kalangan rakyat.
 
Sempena program Hari Sukan Negara (HSN) 2023 peringkat Kota Setar, Pejabat belia dan Sukan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar, Pejabat KEDA Zon 8 Kota Setar/Kubang Pasu serta NGO Belia & Sukan telah menganjurkan beberapa aktiviti melibatkan aktiviti indoor dan outdoor. Antaranya ialah Zumba, persembahan Aerodance, Fun Walk, persembahan Seni Silat Gayung, Futsal, permainan E- Sport, Motorshow, Klinik Petanque, Kejohanan Petanque, Badminton dan Wall Climbing Challenge. Turut diadakan cabutan bertuah kepada para peserta yang hadir memeriahkan program tersebut.
 
Hadir sama ialah En. Nasrankamil Bin Noh, Setiausaha MBAS; YBhg. Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, Pengerusi Puspanita MBAS; Puan Hajah Afifah Binti Omar, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Lembaga Kemajuan Negeri Kedah KEDA; Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar; En Ramlan Bin Jaafar, Pegawai Pembangunan Lembaga Kemajuan Negeri Kedah KEDA Zon 8; En Muhd Shukran Bin Md Ribi
Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Setar, wakil-wakil jabatan serta Pengerusi-pengerusi NGO-NGO Belia dan Sukan yang terlibat.
 
 
Skip to content