MBAS TURUT SERTA DALAM MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI BALING

01 Oktober 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) turut serta bersama sahabat PBT Majlis Daerah Baling dalam Misi Bantuan Pasca Banjir di Baling bagi membantu penduduk yang terjejas dengan kejadian banjir yang melanda di daerah berkenaan. MBAS dengan kekuatan seramai 24 orang anggota yang diketuai oleh En. Mohd Khairul Nidzam Bin Mohd Tajudin telah menjalankan kerja-kerja pembersihan dalam misi tersebut.
 
Kerja-kerja pembersihan telah dijalankan meliputi beberapa kawasan terjejas iaitu Kampung Tanah Periuk, Taman Mesra, Kg Bukit Iboi, Kg Padang Empang, dan kawasan sekitar. Turut bersama-sama dalam misi tersebut ialah Majlis Perbandaran Kulim, Majlis Perbandaran Langkawi, Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Majlis Daerah Bandar Baharu, Majlis Daerah Sungai Petani, Majlis Daerah Yan, Majlis Daerah Sik, Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Majlis Daerah Pendang, E-Idaman, Bomba Baling, Bomba Kulim, Bomba Pengkalan Hulu, Gabungan Pilot Darat Malaysia, dan lain-lain lagi.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada seluruh kakitangan yang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan tersebut. Semoga sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban kepada penduduk yang terkesan dengan bencana banjir ini.
 
 
Skip to content