MBAS TURUT SERTA DALAM MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI POKOK SENA, KEDAH

02 Oktober 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) turut serta bersama Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena dalam Misi Bantuan Pasca Banjir di Pokok Sena, Kedah bagi membantu penduduk yang terjejas dengan kejadian banjir yang melanda di daerah berkenaan.
 
MBAS dengan kekuatan seramai 16 orang anggota dari Bahagian Perkhidmatan Bandar dan Bahagian Landskap dan Rekreasi yang diketuai oleh En. Mohd Khairul Nidzam Bin Mohd Tajudin telah menjalankan kerja-kerja pembersihan di beberapa buah rumah sekitar kawasan Kampung Bukit, Mukim Derang.
 
Turut bersama-sama dalam misi tersebut ialah Majlis Perbandaran Langkawi, Kompeni Delta Batalion Ketiga (Rejimen 513 Askar Wataniah Langkawi) serta beberapa agensi lain. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada seluruh kakitangan yang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan tersebut. Semoga sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban kepada penduduk yang terkesan dengan bencana banjir ini.
 
Skip to content