OPERASI ADUAN BAHAGIAN INPEKTORAT KESIHATAN PERSEKITARAN MBAS BERSAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH KOTA SETAR

12 Oktober 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Inspektorat Kesihatan, Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja serta Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar telah menjalankan Operasi Aduan bertempat di Wawasan Kopitiam, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.
 
Sebanyak 16 kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang² Kecil Perlesenan Establisymen Makanan (MPKS) 1989, Undang² Kecil Penjaja & Gerai (MPKS) 2010 serta 6 notis yang telah dikeluarkan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
 
Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, pemilik / penyewa premis dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
 
 
Skip to content