OPERASI PEMERIKSAAN SYARAT-SYARAT SEWA DAN LESEN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

04-05 Oktober 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Pengurusan Pasar Dan Penjaja telah menjalankan Operasi Pemeriksaan Syarat-Syarat Sewa dan Lesen bertempat di Medan Selera PKNK, Alor Setar.
 
Sebanyak 35 buah lot gerai telah diperiksa dan hasil operasi yang dijalankan, sejumlah 32 notis telah dikeluarkan di atas kesalahan mengendalikan gerai tanpa lesen, gagal memperbaharui lesen, gagal mempamerkan kad lesen, menyerah hak atau memajakkan lesen (sublet), membuat tambahan atau ubah suai gerai tanpa kebenaran, tidak menyenggara kebersihan gerai dan kaki lima gerai, tidak menyediakan tong/bekas sampah atau penutup sampah dengan sempurna, meletakkan barang niaga melebihi sempadan gerai, tidak mematuhi jenis perniagaan yang ditetapan dan lain-lain kesalahan yang melanggar syarat-syarat sewa dan lesen MBAS.
 
Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, pemilik / penyewa premis dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
 
 
Skip to content