PERSIDANGAN NASIONAL UNDANG-UNDANG KERAJAAN TEMPATAN 2023

Pada 20 dan 21 September 2023 yang lalu, Current Law Journal (CLJ) telah menganjurkan Persidangan Nasional Undang-Undang Kerajaan Tempatan 2023. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YAA Tun Tengku Maimun, Ketua Hakim Negara dan juga dengan kehadiran YB Tuan Hj Akmal Nasrullah, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Persidangan ini bertujuan menyingkap dan membahas isu-isu penting berkaitan tugas, peranan dan tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan serta pihak berkepentingan berkaitan.
 
Persidangan ini telah berjaya mengumpulkan kehadiran dan penyertaan pegawai-pegawai PBT dari seluruh Malaysia, pemaju hartanah, peguam dan pihak berkepentingan.
 
Dr Elina binti Mohd, Pegawai Undang-Undang, MBAS telah diberi penghormatan dengan dijemput sebagai salah seorang speaker bersama dengan figura dan personaliti peguam yang lain. Tajuk yang dibentangkan adalah “Isu Tunggakan Cukai Taksiran Dari Dimensi Perundangan”.
 
 
Skip to content