SEMINAR IKATAN KASIH BERSAMA DR. ISMAIL TAMBI

Sekitar program anjuran Puspanita Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Muda bertajuk Seminar Ikatan Kasih Bersama Dr. Ismail Tambi. Program berlangsung di Dewan Auditorium, Aras G, MPSPK. Majlis perasmian disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kuala Muda, Tuan Ilias bin Shuib, SDK., AMK., BCK.

Hadir ke program berkenaan ialah Setiausaha MPSPK, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, pengarah-pengarah jabatan, ketua-ketua bahagian dan kakitangan MPSPK.

MPSPK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat atas penganjuran dan perkongsian ilmu sepanjang seminar berlangsung.

Skip to content