24 Oktober 2023 – Operasi sitaan gerai TERBIAR di bahu Jalan Paya Besar berhadapan Taman Kucai serta di Jalan Paya Serdang, Lunas. Operasi dijalankan setelah pemilik gerai gagal mematuhi arahan notis untuk berpindah ke TAPAK PENJAJA YANG TELAH DISEDIAKAN oleh pihak MPKK.

Orang ramai diminta menghubungi Bahagian Peniaga Kecil/Penjaja, Jabatan Kesihatan Persekitaran MPKK bagi mendapatkan pandangan lokasi yang bersesuaian serta syarat-syarat keperluan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

Sebagai langkah keselamatan awam, elak melakukan halangan di bahu jalan-jalan utama terutama di laluan yang sering dilalui kenderaan berat. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Skip to content