PEMAKLUMAN
Bersempena dengan Festival Warisan Kraf & Makanan Tradisi Kedah Tua yang akan berlangsung pada 3 – 4 November 2023 di Kompleks Arkeologi Sungai Batu, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) turut tidak ketinggalan membuka kaunter bas bergerak bagi perkhidmatan pembayaran cukai taksiran (cukai pintu).
Pelangan-pelanggan boleh membuat pembayaran cukai taksiran (cukai pintu) di kaunter bergerak yang disediakan. Pembayaran adalah secara cashless dan pelanggan-pelanggan dinasihatkan untuk mengaktifkan kad debit / kad kredit / perbankan online bagi memudahkan pembayaran.
Temui kami di sana!
Tarikh : 3 – 4 November 2023 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Tapak Parkir Kompleks Arkeologi Sungai Batu
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2023/11/Festival-Warisan-Kraf-Makanan-Tradisi-Kedah-Tua.jpg)