Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan diadakan bermula 30 Oktober 2023 sehingga 29 November 2023 bagi mendapatkan maklum balas daripada orang awam dan semua pihak berkepentingan terhadap Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Baling, Kedah 2035 (Penggantian) (DRTMDB 2035).

Pelaksanaan program publisiti dan penyertaan awam adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, di mana sebelum Draf Rancangan Tempatan diluluskan untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), orang ramai diberi peluang untuk memberi cadangan dan mengemukakan bantahan.

Penyediaan DRTMDB 2035 ini bagi menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Baling 2020 (RTDB 2020) yang telah tamat tempoh, di mana kali terakhir diwartakan pada 14 Mac 2019 iaitu RTDB 2020 (Pengubahan 3).

Maklumat tambahan boleh dimuatturun melalui link berikut :

https://drive.google.com/drive/folders/1BdDeZFUJl9CvHZgN3qb_gRZ99fAZV8M2

Semua dijemput hadir untuk membuat semakan dokumen ini dan mengemukakan pandangan di lokasi tetap dan lokasi bergerak seperti berikut:

📍LOKASI TETAP (9.00 pagi – 4.00 petang (Ahad – Rabu), 9.00 pagi – 1.00 petang (Khamis))

  1. Majlis Daerah Baling
  2. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah)
  3. Pejabat Daerah & Tanah Baling
  4. Majlis Daerah Baling Cawangan Kuala Ketil

📍LOKASI BERGERAK (8.00 pagi – 12.00 tengah hari)

  1. Pasar Pagi Pekan Baling (Ahad)
  2. Pasaraya Econsave Baling (Isnin & Rabu)
  3. Pasar Sehari Kg Lalang (Selasa)
  4. UTC Sg Petani (Khamis)
  5. Pasar Pagi Kupang (Jumaat)
  6. Pasar Pagi Kuala Ketil (Sabtu)

Semakan juga boleh dibuat secara atas talian dengan mengimbas Kod QR atau layari:

🌐Laman Web Majlis Daerah Baling

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai berikut:
📱Encik Mohd Zaifoul bin Md Akhir (019-5109009)
📱Puan Rauhan binti Yaacob (019-5131408)
📱Puan Rosdiyana binti Mahayadin (019-4966080)

Majlis Daerah Baling
Pejabat Projek Zon Utara
PLANMalaysia Kedah

#rtbaling2035
#drtmdb2035
#balingbahagia
#balingdaerahpelanconganeko
#balingberdayahuni
#KedahSejahtera

Skip to content