2023 ASEAN-ROK PROFESSIONAL TRAINING

Majlis Bandaraya Alor Setar merupakan salah satu agensi daripada negara ASEAN yang telah terpilih menyertai 2023 ASEAN-ROK Professional Training selain daripada negara Laos, Cambodia, Thailand, Indonesia dan Vietnam. Program tersebut telah diadakan pada 10 September 2023 hingga 16 September 2023 di Busan, Korea Selatan yang ditaja sepenuhnya oleh Busan IT Industry Promotion Agency (BIPA) yang bertujuan untuk berkongsi teknologi berkaitan XR dan Metaverse serta mengeratkan kerjasama diantara Republic of Korea dan negara-negara ASEAN.
 
Tahniah diucapkan kepada pegawai-pegawai MBAS iaitu Sr. Zamzama bin Mohd, Pn. Siti Nurfazlina bt Tafaruddin dan Pn. Hasmahanum bt Hamzah yang telah berusaha dari peringkat awal pemilihan sehingga terpilih ke peringkat akhir seterusnya menyertai latihan tersebut dengan jayanya.
 
Skip to content