BENGKEL PEMBANGUNAN INVENTORI GREEN HOUSE GAS (GHG) MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

23 Oktober 2023 – Telah berlangsung Bengkel Pembangunan Inventori Green House Gas (GHG) bagi Majlis Bandaraya Alor Setar di bawah Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara (National Low Carbon Cities Master Plan) dengan kerjasama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) di Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar.
 
Tujuan bengkel ini adalah bagi mengenalpasti sempadan dan skop pelepasan karbon dalam kawasan pentadbiran MBAS serta hal-hal berkaitan pembangunan inventori GHG tersebut.
Turut hadir bersama Tuan Setiausaha MBAS, Pengarah-pengarah dan Ketua Bahagian serta kakitangan MBAS yang berkaitan.
 
Skip to content