KONVENSYEN PERSATUAN PEGAWAI PENILAIAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Konvensyen Persatuan Pegawai Penilaian Pihak Berkuasa Tempatan telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 2 Oktober 2023 sehingga 4 Oktober 2023 bertempat di Johor Bahru. Seramai 202 orang dari 72 PBT seluruh Malaysia telah mendaftar sebagai peserta.
 
Konvensyen ini diadakan bertujuan membincangkan isu-isu semasa disamping memberikan hala tuju yang lebih jelas berkaitan dengan peranan profesion penilaian di PBT.
 
Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Sr. Haji Kamarulzaman bin Haji Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Persatuan Pegawai Penilaian PBT Malaysia.
Sekali lagi Dr Elina binti Mohd, Pegawai Undang-Undang Majlis Bandaraya Alor Setar diberi penghormatan dijemput untuk menyampaikan satu slot di konvensyen berkenaan bertajuk “Kes-Kes Mahkamah Berkaitan Cukai Taksiran dan Tunggakan”.
 
Skip to content