KURSUS ASAS PENYEDIAAN KERTAS SIASATAN

Kertas siasatan adalah satu rekod fakta-fakta secara bertulis dan keterangan yang diperoleh melalui siasatan yang dijalankan oleh Pegawai Penyiasat. Penyediaan kertas siasatan yang lengkap dan terperinci adalah penting dalam membuktikan kes terhadap orang yang melakukan kesalahan.
 
Dr Elina binti Mohd, Pegawai Undang-Undang Majlis Bandaraya Alor Setar telah dijemput oleh Majlis Perbandaran Langkawi pada 18 dan 19 Oktober 2023 untuk menyampaikan Kursus Asas Penyediaan Kertas Siasatan kepada pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Langkawi dari pelbagai jabatan iaitu Jabatan Perancangan Pembangunan, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Penilaian dan Jabatan Penguatkuasa. Semoga ilmu yang dicurahkan selama 2 hari ini dapat membantu hendaknya.
 
Skip to content