KURSUS PEMANTAPAN DAN PEMERKASAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Pada 12 dan 13 Oktober 2023 yang lalu Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah menganjurkan Kursus Pemantapan dan Pemerkasaan Penguatkuasaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Penceramah yang telah dijemput bagi mengendalikan kursus ini adalah Dr Elina binti Mohd, Pegawai Undang-Undang, Majlis Bandaraya Alor Setar.
 
Program yang berlangsung di Stay with Bintang, Bukit Bintang, Kuala Lumpur telah disertai hampir 50 orang peserta daripada pelbagai Pihak Berkuasa Tempatan. Antaranya Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Manjung, Majlis Daerah Tanjong Malim, Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis Perbandaran Jempol, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Perbandaran Kulai dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
 
Dr Ani binti Ahmad, Yang Dipertua MPAJ telah merasmikan program ini. Turut serta Puan Julaihah binti Jamaludin, Setiausaha MPAJ bersama Encik Mohamad Yusuf bin Sulaiman, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MPAJ.
 
Skip to content