LAWATAN AKADEMIK UITM SERI ISKANDAR KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

25 Oktober 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima Lawatan Akademik Diploma Ukur Bangunan, UITM Seri Iskandar yang diketuai oleh Sr. Mariaty Mohd Bahari, Pensyarah Kanan, Program Ukur Bangunan, Jabatan Pengajian Alam Bina dan Teknologi, UITM Seri Iskandar. Lawatan seramai 70 orang pelajar dan 3 pensyarah tersebut disambut kakitangan Jabatan Kawalan Bangunan, MBAS yang bertempat di Dewan Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS. Satu sesi taklimat dari pihak MBAS telah diberikan oleh En. Mohd Fauzi Naim Bin Abdullah, Ketua Bahagian Bangunan Baru dan Penguatkuasaan, MBAS.
 
Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk perkongsian ilmu berkenaan projek pengubahsuaian bangunan yang telah dilaksanakan di bawah pentadbiran MBAS dalam memberi pendedahan tentang pelaksanaan projek pengubahsuaian kepada pelajar.
 
Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak UITM Seri Iskandar diatas kunjungan mesra ini dan diharap akan berjumpa lagi di masa yang akan datang.
 
Skip to content