LAWATAN KERJA PENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

01 November 2023 (Rabu) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima kunjungan mesra dari sahabat PBT iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang diketuai oleh En. Muhammad Faiz Bin Abdul Razak, Pengarah Penguat Kuasa, Jabatan Penguatkuasaan, MBJB sebentar tadi. Lawatan kerja tersebut terdiri daripada 15 orang pegawai dan anggota Pengurusan Tempat Letak Kereta, Penyelenggaraan serta Penguatkuasaan Undang-Undang Tempat Letak Kereta MBJB.
 
Delegasi tersebut disambut mesra oleh En. Bohari bin Md. Yusof, Pengarah Jabatan Korporat Dan Strategik MBAS serta kakitangan terlibat yang bertempat di Dewan Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS. Satu sesi taklimat dari pihak MBAS telah diberikan oleh Sr. Zamzama Bin Mohd, Ketua Bahagian Pengurusan Harta, MBAS.
 
Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan idea mengenai Pengurusan dan Penguatkuasaan Tempat Letak Kereta, Penguatkuasaan Undang-Undang Penyalahgunaan Petak Letak Kereta, Penyeliaan dan Penyelenggaraan, Kadar Takrif Kompaun dan Caj-Caj yang digunapakai serta Sistem Pengurusan Tempat Letak Kereta di bawah pentadbiran MBAS.
 
Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru diatas kunjungan mesra ini dan diharap akan berjumpa lagi di masa yang akan datang.
 
Skip to content