LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

18 Oktober 2023 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima kunjungan mesra dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang bertempat di Dewan Persidangan Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS sebentar tadi. Seramai 7 kakitangan delegasi MBPP yang diketuai oleh En. Rafat Bin Abdullah, Ketua Unit Integriti MBPP disambut baik oleh En. Bohari bin Md. Yusof, Pengarah Jabatan Korporat Dan Strategik MBAS serta kakitangan MBAS.
 
Objektif lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan idea serta pandangan mengenai pelaksanaan ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah. Satu sesi taklimat berkaitan pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti Rasuah tersebut telah diberikan oleh En. Mohamad Syafiq Bin Mohamad Najib, Ketua Bahagian Kualiti dan Komunikasi Korporat, MBAS.
 
Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diatas kunjungan mesra ini dan diharap akan berjumpa lagi di masa yang akan datang.
 
Skip to content