OPERASI BERSEPADU KEDAI WARGA ASING

27 OKTOBER 2023 (Jumaat) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menerusi Bahagian Inspektorat, Bahagian Pelesenan dan Bahagian Penguatkuasa telah menjalankan Operasi Bersepadu Premis Kedai Warga Asing yang bertempat di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Operasi ini turut melibatkan pelbagai agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), KPDNHEP, Jabatan Tenaga Kerja, & Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Ketua Bhg. Inspektorat Kesihatan Persekitaran MBAS, Puan Farahani Ahmad berkata operasi tersebut dijalankan bagi memastikan tahap kebersihan premis berada dalam keadaaan yang baik serta mempunyai lesen perniagaan yang sah.
 
“Hasil daripada pemantauan anggota operasi, premis tersebut mempunyai lesen yang sah didaftarkan atas nama isteri beliau yang merupakan warganegara namun gagal memastikan tahap kebersihan premis berada dalam keadaan yang memuaskan”.
 
“Pihak MBAS telah mengeluarkan satu kompaun di atas kesalahan tahap kebersihan premis yang tidak memuaskan manakala pihak KPDNHEP telah mengeluarkan satu kompaun di atas kesalahan tidak mempamerkan tanda harga pada barangan,” katanya.
 
Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, pemilik/penyewa premis dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
 
Skip to content