PERJUMPAAN TUAN SETIAUSAHA MBAS BERSAMA KAKITANGAN BAHAGIAN LANDSKAP & REKREASI, MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

22 Oktober 2023 – Sesi perjumpaan Tuan Setiausaha MBAS bersama kakitangan Bahagian Landskap & Rekreasi MBAS yang telah diadakan bertempat di Dewan Tapak Semaian MBAS, Jabi.
Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh Ketua Bahagian Landskap & Rekreasi MBAS, Puan Siti Suhaila Bt Ismail serta diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Setiausaha MBAS, En Nasrankamil Bin Noh.
 
Tuan Setiausaha dalam ucapannya sempat memberikan amanat agar seluruh kakitangan terus komited dalam penghasilan kerja yang berkualiti demi meningkatkan mutu perkhidmatan MBAS. Majlis diteruskan dengan sesi lawatan tapak di sekitar tapak semaian dan diakhiri dengan sesi bergambar Tuan Setiausaha bersama seluruh kakitangan.
 
Hadir sama Ketua Bahagian Audit Dalam MBAS, Pn. Noor Shuhada bt Elias; Ketua Bahagian Akaun, En. Shahril Bin Mohd Dahalan, Ketua-Ketua Unit dan seluruh kakitangan yang terlibat.
 
Skip to content