PROGRAM GOTONG ROYONG DAN PENJUALAN BARANG KITAR SEMULA (TRASH TO CASH) DI TAMAN SRI KOTA, KUALA KEDAH

18 Oktober 2023 – Program Gotong-Royong anjuran SMK Seri Ampang dan Toyota UMW yang telah diadakan bertempat di Taman Sri Kota, Kuala Kedah. Program tersebut telah disertai kira-kira 150 peserta melibatkan para guru dan pelajar SMK Seri Ampang serta komuniti KRT Taman Sri Kota.
 
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) turut menyertai program tersebut bersama beberapa agensi lain yang terlibat seperti Jabatan Perpaduan, SWCorp, E-Idaman Sdn Bhd, Kawasan Rukun Tetangga Taman Sri Kota, dan Kariah Masjid As-Salam.
 
Program ini diadakan bagi menyokong kempen menjaga alam sekitar selain menyokong empat pelajar SMK Seri Ampang yang terpilih mewakili Negeri Kedah ke Pertandingan Toyota Eco Youth 2023 peringkat Kebangsaan.
 
Skip to content