SEBUTHARGA KERJA SECARA UNDIAN, FASA 1 MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

29 Oktober 2023 (Ahad) – Sorotan Foto Sebutharga Kerja Secara Undian Fasa 1 Majlis Bandaraya Alor Setar yang berlangsung di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS pagi tadi. Ia turut disiarkan secara penstriman langsung di laman rasmi Facebook Majlis Bandaraya Alor Setar.
 
Tuan Haji Md. Nayan Bin Bahari, Pengarah Kejuruteraan telah hadir menyempurnakan acara cabutan undian tersebut. Acara undian tersebut disaksikan oleh Pn. Noor Shuhada bt Elias dan En. Muhd Nasir Bin Abdul Rahman dari Bahagian Audit Dalam MBAS selaku pegawai pemerhati.
Terdahulu, sesi taklimat kepada semua kontraktor terlibat disampaikan oleh En. Mohd Zuhdi Bin Zulkifli, Ketua Bahagian Mekanikal & Elektrikal, MBAS. Sebutharga Fasa 1 MBAS ini melibatkan sebanyak 14 projek cadangan menaiktaraf lampu sedia ada kepada lampu LED di sekitar Bandaraya Alor Setar.
 
Hadir sama En. Mohamad Faris Bin Omar, Ketua Bahagian Bekalan & Kontrak; En. Mohd Shahril Bin Mohd Dahalan, Ketua Bahagian Akaun serta seluruh kakitangan yang terlibat.
 
Skip to content